Wednesday, June 27, 2012

Rising of the dead human

Previously in Dr. Arul and Mr. Azmir...

Mr. Azmir cuba melawan seseorang lelaki yang memakai baju chef. Namun  dia tidak berjaya. Sebaliknya dia dipaksa minum sebotol racun yang tidak diketahui ramuannya. Pemuda itu menggelarkan dirinya Phantom Chef.

Right now:

Setelah beberapa hari selepas itu...
Knock.. knock... hello....

"Lian jio la... sape plak ketuk pintu tengah-tengah hari nih. Adus, aku tengah men Dota ni pon tak senang," kata Yeoh sambil menuju ke pintu untuk membuka pintu. Kemudian, pintu terbuka dan muncullah seorang lelaki memakai kot doktor yang berwarna putih berlambangkan Hospital Melaka. Di lehernya terdapat stethoscope berwarna kelabu.Perutnya membuncit kedepan.

"Burrrrrrrrrrrrrp!!!!!," Dr. Arul sendawa betul-betul depan Yeoh.
"Ko da kenyang ko sendawa depan aku kan!! Bau McD plak tuh. Apsal balik awal hari nih? Ponteng!!?" kata Yeoh dengan geram.
"Tak la hari ni aku kene buang keje," Dr Arul meletakkan begnya di atas meja makan. Kemudian terus duduk dengan mengeluh.
"Owh, ko kene buang keje ngan sape?" tanya Yeoh yang tidak beberapa ambil perhatian terhadap Arul. Yeoh meneruskan main permainan videonya itu.
Arul menjawab, "Aku kene buang keje ngan cleaner aku. Ceh, Mestilah ngan Bos aku. Apekebende punya soalan la."
"owh, sebab?" Yeoh meneruskan pertanyaannya.
"Besttttt!!!," Arul berkaa sambil menjelikan lidahnya.
"shiooot, kalah!!!!" Tetiba Yeoh menjerit kerana dia kalah dalam perjuangannya bermain dota. Kemudian berkata kepada Arul, "Cakaplah betul-betul, kenape ko boleh berhenti kerja nih?"
"Owh, tadi ada seorang patient mati disebabkan aku. Aku rasa aku da bagi dos yang betul tapi dia mati jugak. Terus aku kene buang keje ari nih. Lesen aku kene tarik buat setakat nih," kata Arul.
Yeoh menjawab dengan tenang untuk memujuk Arul, "Sadis citer ko. Da la, ko gi mandi lu. Nanti kita men dota sama-sama. Aku kalah teruk ngan Clan tuh".
"Yelllllllaaaaah!!!," Arul membalas sambil membawa barang-barang ke biliknya.

Apabila menuju ke biliknya, telefonnya berdering. Arul dengan menggelabah terus mencari telefonnya di celah-celah poket kot putihnya itu. Dia berfikir mungkin bosnya akan panggil dia bekerja semula. Namun sangkaan itu meleset. Akan tetapi, dia lebih gembira apabila dia mengangkat telefon berkenaan.
"Hello, ini aku Amir. Ini voicemail je so aku tak dengar perbualan ko. Aku in the middle of something. A big problem. So, aku nak ko datang ke belakang gim boxing jalan Melur. Nanti temui aku kat sana dalam pukul 8 malam nih," panggilan itu darpada Mr. Amir. Dia memang tak sangka panggilan itu datang daripadanya. Namun dia berfikir, mengapa Mr. Amir baru telefonnya sekarang? Apa masalahnya? Banyak persoalan yang terbentuk dalam pemikirannya. Arul terus mendapatkan Yeoh.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment