Wednesday, June 23, 2010

Masalah Pendidikan Negara

Assalamualaikum,
Sekarang ini sudah mula timbul masalah pendidikan negara. Masalah ini sebenarnya telah pun ada sejak beberapa tahun yang lalu. Kerajaan pula asyik menukar-nukar idea dan pendapat untuk meningkatkan modal insan pelajar. Saya tidak suka melengahkan masa saya untuk menulis blog ini. Akan tetapi, saya dapat mencari 3 masalah besar akan Masalah Pendidikan Negara ini:-

1)Sijil Pelajaran Malaysia
2)Dewan Bahasa dan Pustaka
3)Lanjutan pelajaran ke luar negara

1)Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sememangnya, SPM ini AMATLAH TERSANGAT PENTING untuk pelajar. Akan tetapi, TIDAK SEBEGITU PENTING apabila difikirkan oleh saya. SPM ini hanyalah sebuah sijil untuk memasuki kemana2 institusi pendidikan. Selain itu juga, SPM ini untuk memohon pekerjaan di kumpulan sokongan. Masalah tentang SPM ini ialah, matapelajarannya yang banyak dan kaedah pembelajarannya yang tidak effisyen. Pelajar hanya perlu belajar berdasarkan buku teks dan ini mengakibatkan pelajar bosan (khususnya bagi pelajar lelaki). Disebabkan hal ini, pelajar lelaki kurang untuk menonjol berbanding pelajar perempuan. Selain itu juga, silibus-silibus yang tidak menepati sasaran untuk belajar di universiti mengundang masalah pelajar di universiti. Sebagai contoh, konsep bohr atomic model masih lagi digunakan di peringkat sekolah.
Kenapa masih lagi menggunakan perkataan sijil? sedangkan di Jepun, mereka sudah ada High School Diploma. Sememangnya taraf High School Diploma itu rendah, tetapi ianya masih lagi diploma dan diterima pakai.
Masalahnya lagi, mengapa masih adenya lagi PMR? Owh, saya tahu. Mungkin kerana untuk MENGASINGKAN PELAJAR SASTERA DAN SAINS. Oleh begitu, mengapa tidak menggantikan sahaja PMR itu dengan SPM? Adakah ini lebih effisyen untuk mengetahui tahap penilaian seseorang itu?

2)Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Pertama sekali, dahulu, DBP menyatakan PPSMI tidak perlu dilakukan. Mereka menentang sehabis-habisnya sehingga ada yang ingin meletak jawatan terpenting mereka. Ada yang sanggup berbuat berMACAM-MACAM sehinggalah negara sehingga kekecohan timbul di dalam negara. Saya setuju dengan mereka. Tetapi, saya amat kesal dengan tindakan mereka itu. Mereka membantah PPSMI tetapi tidak menjalankan aktiviti mereka. Adakah mereka tahu bahawa sebab PPSMI ini wujud kerana mereka TIDAK MENTERJEMAH BUKU-BUKU rujukan sains dan matematik kedalam bahasa melayu? Hal ini menyebabkan pihak universiti terpaksa menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar pelajar di peringkat universiti.

3)Lanjutan Pelajar keluar Negara

Minta maaf saya katakan, tetapi apa yang saya dapati, lanjutan pelajar ke luar negara secara basiswa amatlah membazirkan. Saya tidak dapat fikirkan kesan positifnya dan kesan negatifnya amatlah banyak.

Apa-apapun, saya hanyalah seorang penulis blog dan hanya ingin sampaikan idea untuk generasi anak muda negara saya ini. Saya memohon maaf jika terkasar bahasa.

Daripada:
DIKyrotsih