Saturday, June 30, 2012

Di dalam genggaman


Kecakkk!!! Bunyi pintu terbuka. Arul kedengaran bunyi riuh rendah yang ramai orangnya. Mata dia masih lagi kabur-kabur kerana penangan pukulan oleh pemuda tadi. Seorang lelaki muncul di hadapannya.

“Eh, tak siap lagi ko ni?!! Nah amek baju nih!! Pakai cepat!! Dalam 5 minit perlawanan nak start!!” Lelaki itu berkata kepada Arul yang masih terpinga-pinga. Ditangan kirinya, terdapat sebuah kertas. Arul membuka kerta berkenaan dan di kertas itu tertulis nota kecil yang tertulis…
“Kalau kau mahu tahu lebih lanjut mengenai Amir, Take that cloth and go fighting with your opponent. Trust me, you can’t die and 1 more thing, the one who make you lose your job is your own friend Amir. Hahaha. Goodluck”

“Shit!!! Why I should do this!!!” Arul geram dengan nota berkenaan sambil menumbuk dinding dan semestinya, tangannya amat sakit bila dia tumbuk dinding berkenaan. Dia tiada pilihan apa-apa selain terus memakai pakaian yang diberi oleh lelaki tadi iaitu pakaian tinju. Ini adalah pertama kali dia bertinju dan sebelum ni dia hanya bergaduh dengan penjenayah sahaja.

 Setelah memakai baju berkenaan, Arul sedia keluar dari biliknya menuju ke dewan perlawanan. Beberapa orang mengirinyanya ke dewan perlawanan. Bila masuk sahaja dewan perlawanan, orang ramai mula bersorak kepada Arul.

Riuh rendah dewan itu dengan paluan gendang dan bunyi-bunyi yang pelik juga kedengaran. Hos mula bersuara, “Penonton-penonton sekalian, tengoklah disebelah gelanggang kuning Dr. Arul!!! Beratnya 90 Kg dengan ketinggian 178cm. Jangan disangka-sangka, walaupun perutnya buncit dia mungkin mampu mengalahkan lawannya sebentar lagi.

Penonton mula bising,” Boooooo… boooo….”
Di pelusuk orang ramai itu, terdapat Yeoh yang juga menonton sama, “ha!! Aku bertaruh Rm100 kalau Dr. Arul menang” Ramai-ramai mula bertaruh dengan Yeoh kerana yakin Arul akan kalah dengan sekelip mata kerana…..

Hos bersuara lagi, “Dr. Arul akan melawan pencabarnya yang berasal dari Jepun… Berikan sorakan yang gemuruh kepada MAKUNOUCHI IPPO!!! Beliau merupakan seorang peninju professional daripada Jepun dan merupakan juara bagi World Champion!!! Walaupun sudah tua jangan  disangka-sangka dengan ketuaan beliau”. Ippo yang berbadan sederhana tetapi tegap mula memasuki gelanggang tinju. Arul mula ternganga dan tangannya jatuh kebawah. Dia tahu dia sememangnya tidak mampu untuk mengalahkan Ippo kerana Ippo adalah salah seorang Idolanya. Semangatnya untuk bertinju sudah hilang. Mahu tak mahu, dia terpaksa juga bertarung kerana dia sudah berada di gelanggang. Kakinya bergetar dengan sorakan buruk daripada penonton.

Adakah dia dapat mengalahkan Ippo? Tunggu episode seterusnya.

Thursday, June 28, 2012

Pencarian si pencari


Pada malam itu, hujan rurun renyai-renyai membasahi tanah Parameswara. Tidak kedengaran burung-burung berkicau, yang ada cuma kedengaran hon-hon kereta. Kebanyakan daripada mereka mahu pulang dari kereta dan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas semasa hujan.
Tepat pada pukul 8.30 malam, mereka berdua sampai ke destinasi yang mereka tujui iaitu petrol stesen.
Yeoh yang sedang memandu tiba-tiba berkata,“ha, da sampai”
Arul, kehairanan, “Da sampai ape? Belum lagi. Jauh lagi kot?”
Kemudian Yeoh menjawab,”Hahaha, da sampai ‘E’ Minyak aku ni ha. Hulur la duit cepat. Tak pon kau jalan kaki ke situ. Aku da la keje jual Hphone je. Ko ingat banyak ke aku dapat duit ngan jual Hphone tuh?”
“Hurm, yela,”Arul berkata sambil menghulurkan RM10 dari koceknya. Agak teragak-agak juga dia mahu keluarkan duitnya itu kerana dia mahu menjimatkan duitnya disebabkan oleh perlucutan jawatan doktor yang dimilikinya dahulu.
Selepas mengisi minyak kereta, mereka meneruskan perjalanan mereka menuju destinasi seterusnya dalam keadaan yang masih lagi hujan renyai-renyai.
Dalam 15 minit selepas itu, sampailah mereka ke destinasi yang mereka tujui. Di belakang pusat Gym boxing yang usang seperti sudah lama ditinggalkan. Suasana di dalam gym berkenaan riuh rendah dan teramatlah bising sehingga ke luar.
Yeoh parker keretanya dan mereka keluar dari kereta. Arul menuju ke pintu belakang kereta dengan segera tuk mengambil hujan kerena hujan renyai2 masih lagi tidak berhenti. Tiba-tiba…
“Weh, ko nak pakai payung hitam ni ke? Macam nak pegi kubur je. X de paying lain ke?” jerit Yeoh.
“itu je yang mampu bang,” sahut Arul.
Arul meneruskan jejaknye ke arah Yeoh.
Yeoh mula bertanya,”mane nak cari Amir ni? Hurm, tak pe, ko pergi ke pintu belakang, aku ikut pintu depan. Ok?”
“yelllllah,” bersungut Arul kerana terpaksa ikut jalan belakang tuk memasuki pusat Gym berkenaan.
Arul menuju ke arah pintu belakang. Keadaannya sunyi sedikit daripada pintu hadapan. Dia melihat keadaan sekelilingnya yang penuh sampah sarap dan tidak teratur. Kadang-kala ternampak seekor dua tikus berlari-lari mencari makanan. Baunya memang tidak dapat diperjelaskan kerana terlalu busuk. Arul menutup mulutnya dengan jaketnya. Sambil itu, dia melihat seseorang yang pendeknya serupa Amir. Dia terhenti seketika.
Arul menjerit,”Amir, hang ka tuh? Weh!!!” Namun, orang itu berlari ke hujung bangunan. Arul mencampakkan payungnya dan berlari selaju yang mungkin. Kakinya sememangnya panjang langkahnya nampak perlahan namun kelajuannya mampu mengejar lelaki berkenaan. Sampai je di tepi bangunan itu, tiba-tiba… Pang!!!! Arul dipukul dengan kayu tepat di kepalanya. Sememangnya sakit. Dia Nampak wayah pemuda berkenaan. Sememangnya bukan Amir. Pemuda itu memakai topeng masquerade, berbaju kot hitam sehingga kebawah dan mempunyai sedikit janggut yang sememangnya bukan Amir kerana Amir tidak membela janggut. Mata Arul menjadi kabur, kepalanya menjadi pening da nada sedikit darah terkeluar dari luka ketukan kayu berkenaan.
Pemuda itu mula bersuara, “Hello my Friend! Hahahaha!!” Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Arul terkejut kerana pemuda itu mengeluarkan jarum suntikan yang berisi cecair berwarna biru. Dia tidak mampu berlawan kerana badannya menjadi lemah. Matanya pula semakin gelap. Dia redha jika dia mati disitu sahaja.
Chuppp… pemuda itu menyuntik Arul di bahagian lehernya dan menjadikannyalebih lemah dan tidak bermaya tuk melawan. Selepas beberapa detik, keadaan menjadi gelap…

Wednesday, June 27, 2012

Rising of the dead human

Previously in Dr. Arul and Mr. Azmir...

Mr. Azmir cuba melawan seseorang lelaki yang memakai baju chef. Namun  dia tidak berjaya. Sebaliknya dia dipaksa minum sebotol racun yang tidak diketahui ramuannya. Pemuda itu menggelarkan dirinya Phantom Chef.

Right now:

Setelah beberapa hari selepas itu...
Knock.. knock... hello....

"Lian jio la... sape plak ketuk pintu tengah-tengah hari nih. Adus, aku tengah men Dota ni pon tak senang," kata Yeoh sambil menuju ke pintu untuk membuka pintu. Kemudian, pintu terbuka dan muncullah seorang lelaki memakai kot doktor yang berwarna putih berlambangkan Hospital Melaka. Di lehernya terdapat stethoscope berwarna kelabu.Perutnya membuncit kedepan.

"Burrrrrrrrrrrrrp!!!!!," Dr. Arul sendawa betul-betul depan Yeoh.
"Ko da kenyang ko sendawa depan aku kan!! Bau McD plak tuh. Apsal balik awal hari nih? Ponteng!!?" kata Yeoh dengan geram.
"Tak la hari ni aku kene buang keje," Dr Arul meletakkan begnya di atas meja makan. Kemudian terus duduk dengan mengeluh.
"Owh, ko kene buang keje ngan sape?" tanya Yeoh yang tidak beberapa ambil perhatian terhadap Arul. Yeoh meneruskan main permainan videonya itu.
Arul menjawab, "Aku kene buang keje ngan cleaner aku. Ceh, Mestilah ngan Bos aku. Apekebende punya soalan la."
"owh, sebab?" Yeoh meneruskan pertanyaannya.
"Besttttt!!!," Arul berkaa sambil menjelikan lidahnya.
"shiooot, kalah!!!!" Tetiba Yeoh menjerit kerana dia kalah dalam perjuangannya bermain dota. Kemudian berkata kepada Arul, "Cakaplah betul-betul, kenape ko boleh berhenti kerja nih?"
"Owh, tadi ada seorang patient mati disebabkan aku. Aku rasa aku da bagi dos yang betul tapi dia mati jugak. Terus aku kene buang keje ari nih. Lesen aku kene tarik buat setakat nih," kata Arul.
Yeoh menjawab dengan tenang untuk memujuk Arul, "Sadis citer ko. Da la, ko gi mandi lu. Nanti kita men dota sama-sama. Aku kalah teruk ngan Clan tuh".
"Yelllllllaaaaah!!!," Arul membalas sambil membawa barang-barang ke biliknya.

Apabila menuju ke biliknya, telefonnya berdering. Arul dengan menggelabah terus mencari telefonnya di celah-celah poket kot putihnya itu. Dia berfikir mungkin bosnya akan panggil dia bekerja semula. Namun sangkaan itu meleset. Akan tetapi, dia lebih gembira apabila dia mengangkat telefon berkenaan.
"Hello, ini aku Amir. Ini voicemail je so aku tak dengar perbualan ko. Aku in the middle of something. A big problem. So, aku nak ko datang ke belakang gim boxing jalan Melur. Nanti temui aku kat sana dalam pukul 8 malam nih," panggilan itu darpada Mr. Amir. Dia memang tak sangka panggilan itu datang daripadanya. Namun dia berfikir, mengapa Mr. Amir baru telefonnya sekarang? Apa masalahnya? Banyak persoalan yang terbentuk dalam pemikirannya. Arul terus mendapatkan Yeoh.

Bersambung...

Thursday, May 19, 2011

Untuk Si Dia...

Assalamualaikum sume, Da lame x update blog ni. Bersarang da sarang sesawang ni. Pergh, Tajuk x bleh blah kan??? First of all, entry ni special sikit sebab takde kaitan dengan detektif yang mengarut tuh. Kali ni aku nk promot satu album keluaran Fuel By Ramen. Memang aku minat semua band yang ada kat dalam Syarikat tu. Contoh macam Travie McCoy, Panic At The Disco, Fall Out Boy, dan Macam-macam lagi la. Korang tgk la sendiri kat website dorg: http://www.fuelbyramen.com.
Bercerita balik kat album yang aku nk perkenalkan tu, album ni telah dinyanyikan oleh band yang menggelarkan dirinya Fun.. Hebat x nama band dia? Satu dot dia yang mahal tuh. Band ni di"lineup" oleh

Nate Ruess – vocals
Andrew Dost – vocals, piano, keyboard, trumpet, flugelhorn, glockenspiel
Jack Antonoff – guitar


Dan mereka memang tiada pemain drum sebab band dorg ni orkestra siket.
Ok, malas banyak citer, Inilah album diorang...



Nama album ni Aim and Ignite. Apa yang bestnya satu album ni bukanlah lagunya. Aku respect dia punya lirik. Kebanyakan lagu mempunyai maksud yang sama. Semua lirik ditulis oleh band ni dan majoritinye oleh Nate Ruess.

Sinopsis lagu ni berkisarkan seorang lelaki yang mempunya kekasih. Mereka suda lame berhubungan. Akan tetapi, suatu hari, kekasih dia ni minta putus ngan laki ni. Memang ternganga la laki ni sebab tiba-tiba je mintak putus tapi dia x salah papepun. :o Sebabnya, pempuan ni nak cari yang lagi baik dari dia. Selepas beberapa lama, laki ni masih lagi x dapat lupekan pempuan tersebut. Laki ni cube berfoya-foya dengan pempuan lain tapi pempuan-pempuan tu tak setanding dengan bekas kekasihnya. Kemudian, lelaki ni cube merapatkan hubungan kembali dengan mengajak bekas kekasihnya itu keluar bersama. Tapi, mereka tetap berkawan sehingga sekarang. Laki itu masih lagi menaruh harapan kat gadis tu sampai bila-bila.

Merujuk kepada sumber, citer ini berkisarkan hidup Nate Ruess yang ditinggalkan kekasih semasa dia dalam band The Format lagi.. Anyway, secara keseluruhan, lirik dia je best dan lagu dia ade sedikit hampeh. Kalo nk lagu ni secara free, PM kat aku kat FB... :)

Kalo nak dengar kat Youtube, dengar kat Sini

Hazrul suka lagu Be Calm, All The Pretty Girls dan Walking the Dog.
Aku suke semua sekali. Da3, jom baca Yasin, ari ni malam jumaat... :)

Monday, December 27, 2010

Dr. Arul and Mr. Azmir FL part 2

Sampai je di Jusco, Arul meletakkan keretanya di Parking lot. Kemudian, kami keluar dari kereta dan berjalan-jalan masuk ke dalam Hypermarket yang besar itu.
Memang terlalu ramai sangat orang yang ada kat dalam Jusco disebabkan hari ini hari bekerja. Semua orang baru sahaja balik dari kerja. Muka mereka amat keletihan.
Kami bersesak-sesak masuk ke dalam.

Arul: Weh mir, aku nak gi tandas la. Tak tahan da ni.
Azmir: Ok, pergi la. Aku tunggu kat sini. Jangan lama-lama taw. Aku takot ko tersesat plak.. Ha3
Arul: Ok3. Aku amek masa sikit je ni.

Setelah menunggu selama beberapa minit, aku mula resah. Aku melihat orang di sekitarku. Mereka nampak amat tak bermaya.

Azmir: Aduh, bosan la. Baik aku mesej kawan aku.

Azmir menaip: Slm, tgh watpe tu?

Beberapa saat kemudian, kawannya itu membalas: Ak tgh tengok wayang.

Azmir membalas: Woh, asik tengok wayang je erk.

Kawannya membalas lagi: He3, ade orang belanje la.

Azmir membalas: Owh, ok. Takpela gtu. Aku xnk kaco ko la. Bye. Salam. Miss U.

Erm, aku kerasakan kelainan semasa aku menaip mesej tu. Aku rasa bagaikan itu adalah mesej terakhir aku untuk kawanku itu. Rasa terlalu sebak dihati. Bagaikan mahu menangis.
Tapi, disebabkan aku lelaki, aku menahan sebak itu.

SPLASHHHH... CING!!! CING!!! CING!!!!

Aku terdengar bunyi tingkap pecah datang dari sebuah kedai. Aku melulu ke kedai berkenaan. Sejurus kemudian, aku ternampak seorang lelaki berpakain chef dan memakai topeng keluar dari kedai berkenaan
dan berlari ke arah bertentangan denganku. Dalam fikiranku, mungkin dia seorang pencuri. Aku berlari menuju ke arahnya. Berlari sepantasnya sehingga aku bagaikan dapat menggapainya.
Akan tetapi, dia masuk ke dalam Parking lot lama. Amat gelap dalam parking lot itu. Sehinggakan tangan sendiri pun tak nampak. Aku cuba menggapai-gapai tanganaku ke bawah kakiku untuk mengambil Daggerku.
Kemudian, aku nampak dia dengan berpakaian Chef. Aku bersembunyi di belakang tiang. Kemudian, aku mula bercakap dengannya.

Azmir: Hahaha... I've got king spade here.
Chef: Wo, hahaha. ok, come here ang kill me.

Aku melulu ke arahnya kemudian aku cuba untuk mencucuk ke perutnya.

SPLASHHHH... CING!!! CING!!! CING!!!!

Azmir: Ha? sebuah cermin. Mana dia?

Kemudian, chef itu memukul kepalaku dengan sebuah senduk gergasi. Aku pening sekali. Mataku hanya terlihat bayang-bayang sahaja.

Chef: Hahaha.. You've got King Spade, but I've got 2 Spade. I'm more luckier.

Kemudian, dia mengeluarkan sesuatu didalam poketnya. sebuah botol kecil yang dipenuhi cecair.

Chef: Drink this.

Aku tidak boleh melawan. Tanganku tidak bergerak. Aku terpaksa meminum racun berkenaan.

Chef: Before you die, I'm gonna tell this. I'm a Phantom Chef, and no one can surpass me. Hahahaha...

Tiba-tiba, badanku terasa panas. Dalam hatiku berkata: Takkanlah aku mati begini sahaja. Tolong aku ya tuhanku. Tolong-tolong. Aku berasa begitu dahaga.
Tolong aku. Tolong!!!! Aku tak mahu mati lagi. Banyak lagi perkara yang aku perlu buat. Tolong!!!!

Mataku terkatup sendiri. Tidak ku bermaya untuk membuka mataku lagi.

Dr. Arul and Mr. Azmir SE part 1

Pengarang: Malam semakin dingin, angin sepoi-sepoi bahasa dan langit bertaburan di angkasa. Terdapatnye
sepasang manusia berada di atas padang yang luas dan dipenuhi dengan rumput-rumput kehijauan dan lembut untuk disentuh.
Mereka mula bermesra smbil berkata-kata.

Lelaki: Wahai Ieqa, cantikkan bulan yang mengambang itu?
Perempuan: Ye emir, memang cantik sekali.
Lelaki: Bulan itu ibarat dikau wahai ieqaku sayang..
Perempuan: Eh, abg ni... malulah ieqa macam ni...

Keadaan mula senyap. Nafsu mula digelori oleh sepasang manusia itu. Mereka ditemani oleh beberapa ekor syaitan yang menghasut mereka.
Mereka pun mula untuk bercumbuan. Tiba-tiba.....

Televisyen ditutup...

Azmir: Eh, x best betul la citer zaman sekarang ni. Asyik jiwang-jiwang je. Da la nama nak sama ngan aku. Geli btul akuh. Weh Arul, ko xde citer lain ke?
Arul:Ada-ada. Gambaq ehem-ehem ada la...
Azmir: Itu je la citer ko ade... Xde citer lain lagi ke?
Arul: Xdak la.
Azmir: Eh, bosan la. Ko lapa tak? Jom makan kat luar. Ko belanje.
Arul: Hybat, aku belanja. Hang la belanja.
Azmir: Jom-jom, aku belanje pizza jusco.
Arul: Ok, fine. Aku tuntut.
Azmir:Weh: Aku guro je la.
Arul: Ah x kira.. Aku tuntut gak... (sambil wat muke comel yang kejam)
Azmir: Ok, fine. Jom, cepat.. Ko drive aku g jusco sekarang...

Kemudian, berlalulah mereka ke Jusco...
Apabila sampai je di jusco. Semua orang memandang mereka yang berada di dalam kereta itu. Bunyi deruman enjin dan bunyi muzik yang kuat amat memukau semua orang yang berada disekitarnya.
Mereka bagaikan terpesona. Kemudian, datang seorang mak cik bertongkat ke arah kami dan mengetuk pintu kereta kami.

Azmir: Arul, ko tengok, kejap je peminat aku sampai. Bukak tingkap jap Arul. Aku nak bagi autograph la.
Arul: Yela-yela...

Kemudian, Arul membuka tingkap...
Dengan tidak memena-mena, makcik itu menjerit dengan perkataan yang agak memalukan diri kami berdua.

Makcik: Woi!!! Korang bole tolong slowkan radio tu tak. Momokak jo malam-malam buto ni.

Sambil memegang pen, Mr. Azmir pun menutup tingkap dan kami beredar dari situ. Patutlah aku rasa semua orang pandang kami, rupanya aku hanyalah menunggang sebuah kereta katak.
Sudahlah bukak radio Klassik Nasional kuat2... Wah, agak malu disitu ya.

Ikuti sambungan cerita ini dan bersedialah untuk cabaran.. :D

Tuesday, December 21, 2010

Dr Arul dan Mr. Azmir Ep 1



Karya: Alfonso-de-Albuquerque (1511)
Dipetik dari cerita: House MD, Detective Conan, Sherlock Holmes dan banyak lagi.

................................................................................................................................
Dia melihat sekitarnya. Berpaling kiri dan ke kanan beribu-ribu kali. Kemudian dia memejam mata.
Dia mendengar setiap perbualan orang dari setiap sudut. Sangat bising dan amat memeningkan kepala
Sehinggalah seorang pelayan datang ke arahnya.
"Hello, wat do you want," kata pelayan tersebut sambil menunjukkan senarai makanan.
Arul melihatnya dari atas sehinggalah kebawah. Baju pelayan itu sangat ketat, memang terpegun
Arul memandang. Memang cantik dan ayu membuatkan setiap pemuda yang berada disitu terpersona
melihat keindahan gadis tersebut.
"Hey, ape pandang2 ha? Kamu ingat saye ni ape? Cepatlah, nak order ape? Banyak lagi pelanggan
lain saya nak layan,"kata pelayan tu dengan marah.
Dengan lembut, Arul menjawab,"Awat hang ni kasaq sangat. Muka hang ni da manis da tapi kasaq betui."
"Lantak saya la, bukan mulut awak pun. Mulut saya gak,"bantah pelayan tersebut.
"Eh, awak ni. Makin kasar pula ye. Awak nak saya jumpa ngan bos awak atau awak nak bagi no telefon awak?"
Kate Arul dengan harapan dapat no telefon pelayan berkenaan.
"Okay, kalau begitu, saya bawak awak jumpa dengan Bos saya. Awak nak sangat kan," kata pelayan tersebut.
"Baik," dengan hampa, Arul tak dapat nombor telefon gadis tersebut. Tapi dia tetap 'cool'. Arul bercadang
Untuk meminta nombor telefon gadis tersebut dari bosnya.

Gadis itu membawa Arul pergi ke pejabat bosnya. Gadis itu membuka pintu tersebut.
"Arghhhhh!!!!!," gadis itu menjerit. Arul melihat seorang lelaki terlantar di depan pintu.
Seorang lelaki gempal datang dan berteriak,"Weyh, cepat... Telefon polis".
Dalam fikiran Arul,'polis???'.
Arul menjerit,'Bawak ambulans sekali'.
Lelaki gempal itu melulu masuk ke dalam bilik dan terus ke lelaki yang terlentang itu.
Arul berteriak,"Saya doktor!!! Semua orang ketepi!!! Jangan sentuh laki itu!!!"
..............................................................................................................................

Semua orang berkerumun di kedai berkenaan.
3 buah kereta polis menyerbu peremis tersebut.
Orang ramai tertanya-tanya...
"apa yang terjadi kat dalam tu?"
"Aku dengar ade orang mati"
"Siapa mereka"

Gadis-gadis mula bergosip-gosip yang tidak berkaitan dengan hal kejadian.
"aku dengar ade Dr. Arul yang kacak dalam tu"
"Aku dengar Dr. Arul ade makwe"
"eh, bukan ke dia da cerai"
"Owh, bole aku kawen ngan dia"
"Kat sebelah kedai makan tu ade sale baju la"

Semua pertanyaan tersebut berjaya di tenteramkan oleh polis.
Suasana di dalam kedai berkenaan sangat tegang. Tiba-tiba seorang lelaki berbadan boyot bersuara.
"lelaki ini sudah mati tuan," kate detective Hazwan kepada inspektor Taifu.
"Innalillahwainnalahirajiun, ermm.. Sudah siasat siapa mayat ini?"
"Sudah tuan. Si mati bernama Encik Bujang bin Labu. Pemilik kepada kedai makanan yang kecik ini tuan.
Si mati mati pada pukul 2.00 petang. Faktor kematian adalah tekanan darah terlalu rendah.
Pihak forensik dari Bukit Baru telah menemui kandungan
atropin yang tinggi di dalam badan si mati Tuan,"jawab konstable firdaus dengan bangga.
"Aku tak tanye ko daus, aku tanye Hazwan. Tp takpe, ko terangkan dengan bagus,"tegas Inspektor Taifu.
"Tuan, dipercayai hanya 3 orang sahaja yang masuk ke bilik ini sejak pagi tadi," kata detektif dengan tegas.
"Bagus!!! Bawak mereka masuk," kata Taifu.

Lalu 3 orang berkenaan masuk.

Orang yang pertama dikenali sebagai Ajna Peena. Berusia 19 tahun. Satu-satunya pelayan di
kedai makan berkenaan. Dia bekerja part time dikedai berkenaan untuk menambah duit poket berikutan
Duit pinjaman pelajaran yang diberi oleh kerajaan tidak mencukupi. Dia juga merupakan seorang pelajar farmasi
tahun 1. Dia dikatakan masuk ke dalam pejabat itu untuk mengambil gajinya pada pukul 1.45 petang.

Orang yang kedua dikenali sebagai chef Suhaimi. Merupakan chef yang handal. Lagi-lagi dalam memasak air. Merupakan
kawan karib kepada Manager. Dia dikatakan masuk ke dalam pejabat berkenaan untuk berbincang berkenaan dengan hal keluarga pada pukul
10.00 pg.

Orang yang ketiga bertubuh gempal. Dikenali sebagai Yuzles. Anak kepada tauke kedai makan berkenaan. Belajar satu universiti dengan Ajna dan mengambil
kos yang sama tetapi yuzles telah pun berada di tahun ke-2.dia dikatakan masuk ke pejabat untuk berbincang berkenaan perkahwinan dengan ayahnya pada pukul
1.35 ptg.

Tiba-tiba Dr. Arul bersuara,"Saya rasa hanya mereka bertiga ini sahaja suspek utama pembunuhan. Saya rasa, senjata pembunuhan ada di tangan mereka."
"Bagus, keluarkan semua barang-barang yang ada dalam baju kamu," kata inspektor taifu.

Dalam tubuh Ajna, hanya mempunyai sebuah bekas kosong, sebuah dompet kecil dan sebuah HP yang x comey.
Dalam tubuh chef Amy hanya mempunyai sebatang senduk mudah disimpan di dalam poket.
Di dalam tubuh yuzles terdapat sebuah pen parker yang mahal, jarum dan benang.
...............................................................................................................................

Dr. Arul gelisah. Makin lama makin gelisah kerana tidak dapat menyelesaikan kes berkenaan.
Dia sudah tahu pembunuhnya dan cara pembunuhan tetapi bagai ada sesuatu yang tertinggal.
Ada sesuatu yang merunsingkan kepalanya. Dia seluk dalam poketnya. Dia keluarkan bola kecil dan
melantunkan bola kecil itu ke dinding dan bola itu datang balik kepadanya. Berkali-kali dia melantunkan bola berkenaan.
Begini lah Dr. Arul ketika setiap kali memikirkan kesulitan. Kemudian, dia terfikirkan rakannya iaitu diriku.
Namaku Mr. Azmir. Aku selalu menyelesaikan kes-kes rumit. Namun, sejak akhir-akhir ini, aku tidak berminat
untuk menceburi bidang detektif ini kerana sudah bosan dengan kes-kes yang kecil.
Dia cube menelefonku.
Toooot.. toooot...
Seorang laki menjawab,"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami".
Dr. arul membalas,"Weh, aku tawu la itu hang. Mana ada orang cakap 'r' sepelat hang"
Mr. Azmir berkata,"Ok, fine. Tp orang french cakap 'r' mcm tu. Ko tepon aku ni nak ape? Nak kawen ke? Nak aku bagi loan?"
"Eh, x la. Aku ade kes la sekarang ni aku nak ko tolong...."Kate Dr. Arul. Belum sempat Dr. Arul menghabiskan ayatnya, Mr. Azmir mencelah,
"Ko kacau aku je la. Aku tenagh 'date' ni.Lagipun, ko pun tahukan aku da bosan la dengan kes-kes kecik ni. Ape kate ko citer je kat aku dari awal hingga akhir kes".
Hazrul menceritakan kes berkenaan kepada Mr. Azmir secara lengkap dari awal sehinggalah akhir. Tidak sedikit pun yang dia tertinggal.
kemudian...
"ok, stop. Ajna ade botol kecik kan. Yuzles ade pen parker. Erm... Aku da tahu siapa pembunuhnya" jawabku.
"Siyes? Aku tak abes cerita lagi tu. hebat betul kau. Bagi lah tahu siapa pembunuh laki tu."Balas Dr.Azrul.
"Erm, x syok citer ni kalo tahu awal2 pembunuh tu kat ko. Aku bagi kau satu hint yang best. Tapi kau jgn gelak taw. Aku nak nyanyi walaupun suara aku sumbang," aku membalas.
Dengan nada terpaksa, Dr. Arul mendengar nyanyianku yang x semerdu mane tu.
Aku menyanyi,"Hidup sebelum mati, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, ok da, cukup tu je hint aku bagi. Kalau lebih-lebih, nanti ko tahu jawapan."
Dr. Arul terkejut,"Ha? Lagu tu je. Mane cukop. Okay, takpelah, janji kau bagi hint pun da cukup. Love you lah."
Aku membalas,"Love u too.. Muah.. muah.. muah..."
Tiba-tiba Dr. Arul terdengar suara perempuan memekik dalam telefon,"Oit, love sape tu ha? tampa nak?"
Kemudian aku meletak telefon.

Betul dan tepat, epidos ini semakin busan untuk membaca. Kes ini masih belum selesai. Siapakah pembunuh sebenar laki itu?
Dan mengapakah Mr. Azmir memberi hint sebegitu rupa. Kita nantikan episod akan datang... Chill2 k.. :D
.................................................................................................................................

Setelah di kaji oleh pihak forensik. Akhirnya, pihak forensik telah menemui kandungan atropin di dalam botol kecil kepunyaan Ajna.
Di samping itu, terdapatnya sebuah gelas dipenuhi bekas atropin di dalam bilik berkenaan dan gelas tersebut mempunyai cap jari Ajna Peena.
Dr. Arul terkejut kerana tidak mungkin gadis kecil molek seperti itu membunuh manusia lain. Tetapi, sesuatu di luar jangkaan berlaku.
Dia melihat Yuzles tersenyum bersendirian. Lebih merunsingkan kepala, chef itu langsung tidak bercakap apa-apa sejak dari mula lagi.
Ajna melutut. Lalu menangis teresak-esak sambil meluahkan perasaannya, "ye, memang saya membunuhnya. Saya memberinya atropin. Saya buat begitu kerana dia selalu mengacau diri saya. Dia selalu mencabul diri saya. Saya sudah tidak sanggup lagi bekerja dengannya."
Dengan tak semena-mena, Konstable Firdaus menyampuk,"Hek eleh, ko ni bodoh sangat nape? Berenti je la keje. Bengong."
"Errr... Teruskan cerita anda ye. Penulis, boleh tak kalo kita tak masukkan firdaus dalam citer seterusnya. Dia annoying." kata inspektor Taifu.
Penulis menjawab,"Ok3, akan dipertimbangkan. Cerita diteruskan."
Disebabkan knstable Firdaus berkata begitu, Ajna terus menangis sehingga keluar air mata berwarne kristal,"Aku tak sanggup. Jika kau adalah perempuan, kau sanggup ke laporkan kepada polis? Ko rasa siapa yang akan percaya kepada aku ni. Aku hanyalah seorang pekerja dan dia, dia seorang majikan yang tak berhati perut. Kalo aku laporkan juga kat polis, dia boleh bayar polis tu berapa sahaja dia suka. Dan aku ni hanya dapat malu sahaja."
Air mata Ajna terus meleleh ke tanah.
Yuzles menyampuk,"erm, saya rasa kes ini sudah selesai inspektor, boleh la kami pulang ke rumah. Hari pun da...."
Belum sempat yuzles menghabiskan kata-katanya tiba-tiba kedengaran Dr. Arul ketawa gembira," Hahahaha. Betul cakap Mr. Azmir. Demi Masa ya. Hahahaha. Memang lawak sungguh kes ini. Aku ditipu bulat-bulat oleh masa."
Suasana di dalam kedai berkenaan sunyi. Tiada lagi tangisan Ajna Peena dan tiada lagi riuh-rendah. Semua mata tertumpu kepada Dr. Arul untuk menegetahui pembunuh sebenar di dalam kes ini.
Dr. Arul menyambung sambil menunjuk kepada pembunuh tersebut,"Pembunuh sebenar adalah awak!!!"
..............................................................................................................................

"Ajna, banyak lagi anda perlu belajar mngenai ubat ini Ajna. Anda masih tidak faham fungsi sebenar Atropin ini. Atropin adalah sejenis ubat antara yang paling pelik sekali dalam sistem kita. Jika diberi dalam dos yang rendah dia akan membuatkan tekanan rendah, tetapi jika diberi dengan jumplah yang tinggi, dia akan mnyebabkan tekanan tinggi dalam badan kita. Inspector Taifu, jika anda lihat, sekrang ini simati mati dalam keadaan tekanan rendah tetapi diberi di atropin yang tinggi. Betul tak Inpektor Taifu." Terang Dr. Arul
Dengan mata yang terbungkang luas kerana terkejut dengan penjelasan yang panjang lebar, Inspektor Taifu menjawab," Ya, btul itu."
Dr. Arul menjelaskan lagi,"Tambahan pula, tak kanlah Atropin dengan jumlah yang banyak dapat diserapkan sepenuhnya dalam masa 15 minit. Jadi ada sesuatu yang telah mengacau sistem badan si mati sebelum atropin dapat diserap sepenuhnya di dalam badan si mati."
Keadaan sungguh tenang dan Dr. Arul berkata,"Betul tak Yuzles? Andalah pembunuhnya!!!"
Yuzles membantah,"woi, jangan main tuduhlah. Takkan aku nak bunuh bapak aku sendri."
Yuzles datang kearah Dr. Arul, dan cuba menumbuk Dr. Arul.
Dr. Arul mengelak dan menumbuk dadanya. Dada Yuzles tidak berfungsi buat seketika, dengan kesempatan itu Dr. Arul menendang Yuzles ke belakang.
Dengan seraya, Dr. Arul berkata,"I'm your doctor, I know about human weak part!!!"
"Kalau ko tak tuduh aku, mana buktinya???," Yuzles membantah lagi sambil menahan kesakitan ditendang oleh Dr. Arul.
"Buktinya ko tak sempat buang. Ko letakkan ubat itu kat dalam pen parker kau sebagai ganti dakwat pen. Dan ada tin air berisi ubat berperisa soya berkenaan di dalamnya di dalam tong sampah. Jika tidak salah, anda memberinya beta blocker dalam dos yang tinggi."
"Yosh, periksa pen dan air tin berkenaan,"kata inspektor Taifu.
"Tak perlu periksa, saya mengaku saya bersalah. Kau tau tak!! si tua tu tak nak aku kawen denagn Ajna!! Aku sudah lama untuk berkawin dengan Ajna!! Si tua ni berhasrat untuk berkawin dengan Ajna!! Aku rasa amat tertekan!! Sebab itulah aku bunuh dia!!"
"Hoi," Tiba-tiba chef Suhaimi menjerit."Sebenarnya, aku datang ke biliknya tadi untuk membincangkan perkahwinan korang berdua ni. Dia bukan tidak bagi ko berkawin, tapi dia tau ko masih tak bersedia."
"Itu tipu, bohong, bohong, bohong!!!," teriak Yuzles.
Akhirnya, Yuzles dibawa masuk ke dalam kereta polis.
Dr. Arul mendekati Ajna dan berkata pada Ajna,"Yang berlalu tu sudah la berlalu. Jangan dikenang lagi."
"Aku akan menunggu dirinya keluar dari penjara walaupun beribu tahun. Aku tetap akan menunggu."
Dalam fikiran Dr. Arul. Adakah itu berbaloi bagi Ajna dan yang penting perlu ke Yuzles untuk memerangkap gadis ini dalam pembunuhannya. Adakah cinta kepada seorang itu lebih penting bagi sebuah keluarga sendiri yang perlu bunuh-membunuh?
Perkara ini... Tepuk dada tanya selera.
Disamping itu, mata chef Suhaimi memandang tajam kepada Dr. Arul dan hatinya berkata,'Setakat kes ini pun ammbil masa yang lama. Hahaha. Adakah ini Dr. Arul yang di agung-agungkan?'
Chef Suhaimi menarik mukanya. Rupa-rupanya dia memakai topeng. Dia bukanlah seorang lelaki tua, tetapi lelaki muda.
"Tunggulah... Hahaha.. Hahaha.. Hahaha..." Suhaimi gelak dengan kejam.