Thursday, June 28, 2012

Pencarian si pencari


Pada malam itu, hujan rurun renyai-renyai membasahi tanah Parameswara. Tidak kedengaran burung-burung berkicau, yang ada cuma kedengaran hon-hon kereta. Kebanyakan daripada mereka mahu pulang dari kereta dan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas semasa hujan.
Tepat pada pukul 8.30 malam, mereka berdua sampai ke destinasi yang mereka tujui iaitu petrol stesen.
Yeoh yang sedang memandu tiba-tiba berkata,“ha, da sampai”
Arul, kehairanan, “Da sampai ape? Belum lagi. Jauh lagi kot?”
Kemudian Yeoh menjawab,”Hahaha, da sampai ‘E’ Minyak aku ni ha. Hulur la duit cepat. Tak pon kau jalan kaki ke situ. Aku da la keje jual Hphone je. Ko ingat banyak ke aku dapat duit ngan jual Hphone tuh?”
“Hurm, yela,”Arul berkata sambil menghulurkan RM10 dari koceknya. Agak teragak-agak juga dia mahu keluarkan duitnya itu kerana dia mahu menjimatkan duitnya disebabkan oleh perlucutan jawatan doktor yang dimilikinya dahulu.
Selepas mengisi minyak kereta, mereka meneruskan perjalanan mereka menuju destinasi seterusnya dalam keadaan yang masih lagi hujan renyai-renyai.
Dalam 15 minit selepas itu, sampailah mereka ke destinasi yang mereka tujui. Di belakang pusat Gym boxing yang usang seperti sudah lama ditinggalkan. Suasana di dalam gym berkenaan riuh rendah dan teramatlah bising sehingga ke luar.
Yeoh parker keretanya dan mereka keluar dari kereta. Arul menuju ke pintu belakang kereta dengan segera tuk mengambil hujan kerena hujan renyai2 masih lagi tidak berhenti. Tiba-tiba…
“Weh, ko nak pakai payung hitam ni ke? Macam nak pegi kubur je. X de paying lain ke?” jerit Yeoh.
“itu je yang mampu bang,” sahut Arul.
Arul meneruskan jejaknye ke arah Yeoh.
Yeoh mula bertanya,”mane nak cari Amir ni? Hurm, tak pe, ko pergi ke pintu belakang, aku ikut pintu depan. Ok?”
“yelllllah,” bersungut Arul kerana terpaksa ikut jalan belakang tuk memasuki pusat Gym berkenaan.
Arul menuju ke arah pintu belakang. Keadaannya sunyi sedikit daripada pintu hadapan. Dia melihat keadaan sekelilingnya yang penuh sampah sarap dan tidak teratur. Kadang-kala ternampak seekor dua tikus berlari-lari mencari makanan. Baunya memang tidak dapat diperjelaskan kerana terlalu busuk. Arul menutup mulutnya dengan jaketnya. Sambil itu, dia melihat seseorang yang pendeknya serupa Amir. Dia terhenti seketika.
Arul menjerit,”Amir, hang ka tuh? Weh!!!” Namun, orang itu berlari ke hujung bangunan. Arul mencampakkan payungnya dan berlari selaju yang mungkin. Kakinya sememangnya panjang langkahnya nampak perlahan namun kelajuannya mampu mengejar lelaki berkenaan. Sampai je di tepi bangunan itu, tiba-tiba… Pang!!!! Arul dipukul dengan kayu tepat di kepalanya. Sememangnya sakit. Dia Nampak wayah pemuda berkenaan. Sememangnya bukan Amir. Pemuda itu memakai topeng masquerade, berbaju kot hitam sehingga kebawah dan mempunyai sedikit janggut yang sememangnya bukan Amir kerana Amir tidak membela janggut. Mata Arul menjadi kabur, kepalanya menjadi pening da nada sedikit darah terkeluar dari luka ketukan kayu berkenaan.
Pemuda itu mula bersuara, “Hello my Friend! Hahahaha!!” Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Arul terkejut kerana pemuda itu mengeluarkan jarum suntikan yang berisi cecair berwarna biru. Dia tidak mampu berlawan kerana badannya menjadi lemah. Matanya pula semakin gelap. Dia redha jika dia mati disitu sahaja.
Chuppp… pemuda itu menyuntik Arul di bahagian lehernya dan menjadikannyalebih lemah dan tidak bermaya tuk melawan. Selepas beberapa detik, keadaan menjadi gelap…

No comments:

Post a Comment