Saturday, June 30, 2012

Di dalam genggaman


Kecakkk!!! Bunyi pintu terbuka. Arul kedengaran bunyi riuh rendah yang ramai orangnya. Mata dia masih lagi kabur-kabur kerana penangan pukulan oleh pemuda tadi. Seorang lelaki muncul di hadapannya.

“Eh, tak siap lagi ko ni?!! Nah amek baju nih!! Pakai cepat!! Dalam 5 minit perlawanan nak start!!” Lelaki itu berkata kepada Arul yang masih terpinga-pinga. Ditangan kirinya, terdapat sebuah kertas. Arul membuka kerta berkenaan dan di kertas itu tertulis nota kecil yang tertulis…
“Kalau kau mahu tahu lebih lanjut mengenai Amir, Take that cloth and go fighting with your opponent. Trust me, you can’t die and 1 more thing, the one who make you lose your job is your own friend Amir. Hahaha. Goodluck”

“Shit!!! Why I should do this!!!” Arul geram dengan nota berkenaan sambil menumbuk dinding dan semestinya, tangannya amat sakit bila dia tumbuk dinding berkenaan. Dia tiada pilihan apa-apa selain terus memakai pakaian yang diberi oleh lelaki tadi iaitu pakaian tinju. Ini adalah pertama kali dia bertinju dan sebelum ni dia hanya bergaduh dengan penjenayah sahaja.

 Setelah memakai baju berkenaan, Arul sedia keluar dari biliknya menuju ke dewan perlawanan. Beberapa orang mengirinyanya ke dewan perlawanan. Bila masuk sahaja dewan perlawanan, orang ramai mula bersorak kepada Arul.

Riuh rendah dewan itu dengan paluan gendang dan bunyi-bunyi yang pelik juga kedengaran. Hos mula bersuara, “Penonton-penonton sekalian, tengoklah disebelah gelanggang kuning Dr. Arul!!! Beratnya 90 Kg dengan ketinggian 178cm. Jangan disangka-sangka, walaupun perutnya buncit dia mungkin mampu mengalahkan lawannya sebentar lagi.

Penonton mula bising,” Boooooo… boooo….”
Di pelusuk orang ramai itu, terdapat Yeoh yang juga menonton sama, “ha!! Aku bertaruh Rm100 kalau Dr. Arul menang” Ramai-ramai mula bertaruh dengan Yeoh kerana yakin Arul akan kalah dengan sekelip mata kerana…..

Hos bersuara lagi, “Dr. Arul akan melawan pencabarnya yang berasal dari Jepun… Berikan sorakan yang gemuruh kepada MAKUNOUCHI IPPO!!! Beliau merupakan seorang peninju professional daripada Jepun dan merupakan juara bagi World Champion!!! Walaupun sudah tua jangan  disangka-sangka dengan ketuaan beliau”. Ippo yang berbadan sederhana tetapi tegap mula memasuki gelanggang tinju. Arul mula ternganga dan tangannya jatuh kebawah. Dia tahu dia sememangnya tidak mampu untuk mengalahkan Ippo kerana Ippo adalah salah seorang Idolanya. Semangatnya untuk bertinju sudah hilang. Mahu tak mahu, dia terpaksa juga bertarung kerana dia sudah berada di gelanggang. Kakinya bergetar dengan sorakan buruk daripada penonton.

Adakah dia dapat mengalahkan Ippo? Tunggu episode seterusnya.

No comments:

Post a Comment