Bercerita balik kat album yang aku nk perkenalkan tu, album ni telah dinyanyikan oleh band yang menggelarkan dirinya Fun.. Hebat x nama band dia? Satu dot dia yang mahal tuh. Band ni di"lineup" oleh
Andrew Dost – vocals, piano, keyboard, trumpet, flugelhorn, glockenspiel
Jack Antonoff – guitar
Dan mereka memang tiada pemain drum sebab band dorg ni orkestra siket.
Ok, malas banyak citer, Inilah album diorang...
Nama album ni Aim and Ignite. Apa yang bestnya satu album ni bukanlah lagunya. Aku respect dia punya lirik. Kebanyakan lagu mempunyai maksud yang sama. Semua lirik ditulis oleh band ni dan majoritinye oleh Nate Ruess.
Sinopsis lagu ni berkisarkan seorang lelaki yang mempunya kekasih. Mereka suda lame berhubungan. Akan tetapi, suatu hari, kekasih dia ni minta putus ngan laki ni. Memang ternganga la laki ni sebab tiba-tiba je mintak putus tapi dia x salah papepun. :o Sebabnya, pempuan ni nak cari yang lagi baik dari dia. Selepas beberapa lama, laki ni masih lagi x dapat lupekan pempuan tersebut. Laki ni cube berfoya-foya dengan pempuan lain tapi pempuan-pempuan tu tak setanding dengan bekas kekasihnya. Kemudian, lelaki ni cube merapatkan hubungan kembali dengan mengajak bekas kekasihnya itu keluar bersama. Tapi, mereka tetap berkawan sehingga sekarang. Laki itu masih lagi menaruh harapan kat gadis tu sampai bila-bila.
Merujuk kepada sumber, citer ini berkisarkan hidup Nate Ruess yang ditinggalkan kekasih semasa dia dalam band The Format lagi.. Anyway, secara keseluruhan, lirik dia je best dan lagu dia ade sedikit hampeh. Kalo nk lagu ni secara free, PM kat aku kat FB... :)
Kalo nak dengar kat Youtube, dengar kat Sini
Hazrul suka lagu Be Calm, All The Pretty Girls dan Walking the Dog.
Aku suke semua sekali. Da3, jom baca Yasin, ari ni malam jumaat... :)
No comments:
Post a Comment