Monday, December 27, 2010

Dr. Arul and Mr. Azmir FL part 2

Sampai je di Jusco, Arul meletakkan keretanya di Parking lot. Kemudian, kami keluar dari kereta dan berjalan-jalan masuk ke dalam Hypermarket yang besar itu.
Memang terlalu ramai sangat orang yang ada kat dalam Jusco disebabkan hari ini hari bekerja. Semua orang baru sahaja balik dari kerja. Muka mereka amat keletihan.
Kami bersesak-sesak masuk ke dalam.

Arul: Weh mir, aku nak gi tandas la. Tak tahan da ni.
Azmir: Ok, pergi la. Aku tunggu kat sini. Jangan lama-lama taw. Aku takot ko tersesat plak.. Ha3
Arul: Ok3. Aku amek masa sikit je ni.

Setelah menunggu selama beberapa minit, aku mula resah. Aku melihat orang di sekitarku. Mereka nampak amat tak bermaya.

Azmir: Aduh, bosan la. Baik aku mesej kawan aku.

Azmir menaip: Slm, tgh watpe tu?

Beberapa saat kemudian, kawannya itu membalas: Ak tgh tengok wayang.

Azmir membalas: Woh, asik tengok wayang je erk.

Kawannya membalas lagi: He3, ade orang belanje la.

Azmir membalas: Owh, ok. Takpela gtu. Aku xnk kaco ko la. Bye. Salam. Miss U.

Erm, aku kerasakan kelainan semasa aku menaip mesej tu. Aku rasa bagaikan itu adalah mesej terakhir aku untuk kawanku itu. Rasa terlalu sebak dihati. Bagaikan mahu menangis.
Tapi, disebabkan aku lelaki, aku menahan sebak itu.

SPLASHHHH... CING!!! CING!!! CING!!!!

Aku terdengar bunyi tingkap pecah datang dari sebuah kedai. Aku melulu ke kedai berkenaan. Sejurus kemudian, aku ternampak seorang lelaki berpakain chef dan memakai topeng keluar dari kedai berkenaan
dan berlari ke arah bertentangan denganku. Dalam fikiranku, mungkin dia seorang pencuri. Aku berlari menuju ke arahnya. Berlari sepantasnya sehingga aku bagaikan dapat menggapainya.
Akan tetapi, dia masuk ke dalam Parking lot lama. Amat gelap dalam parking lot itu. Sehinggakan tangan sendiri pun tak nampak. Aku cuba menggapai-gapai tanganaku ke bawah kakiku untuk mengambil Daggerku.
Kemudian, aku nampak dia dengan berpakaian Chef. Aku bersembunyi di belakang tiang. Kemudian, aku mula bercakap dengannya.

Azmir: Hahaha... I've got king spade here.
Chef: Wo, hahaha. ok, come here ang kill me.

Aku melulu ke arahnya kemudian aku cuba untuk mencucuk ke perutnya.

SPLASHHHH... CING!!! CING!!! CING!!!!

Azmir: Ha? sebuah cermin. Mana dia?

Kemudian, chef itu memukul kepalaku dengan sebuah senduk gergasi. Aku pening sekali. Mataku hanya terlihat bayang-bayang sahaja.

Chef: Hahaha.. You've got King Spade, but I've got 2 Spade. I'm more luckier.

Kemudian, dia mengeluarkan sesuatu didalam poketnya. sebuah botol kecil yang dipenuhi cecair.

Chef: Drink this.

Aku tidak boleh melawan. Tanganku tidak bergerak. Aku terpaksa meminum racun berkenaan.

Chef: Before you die, I'm gonna tell this. I'm a Phantom Chef, and no one can surpass me. Hahahaha...

Tiba-tiba, badanku terasa panas. Dalam hatiku berkata: Takkanlah aku mati begini sahaja. Tolong aku ya tuhanku. Tolong-tolong. Aku berasa begitu dahaga.
Tolong aku. Tolong!!!! Aku tak mahu mati lagi. Banyak lagi perkara yang aku perlu buat. Tolong!!!!

Mataku terkatup sendiri. Tidak ku bermaya untuk membuka mataku lagi.

1 comment: